Social Icons

Pages

Sunday 13 January 2013

SATU PERJALANAN

Sedang asyik menonton rancangan tv kegemaran kamu sambil minum petang..
terdengar deringan telefon di satu sudut ruang tamu,
kamu pun meninggalkan keasyikan tadi dan menyambut panggilan tersebut..
Kedengaran di hujung talian rakan kamu telah memanggil kamu untuk melakukan satu perjalanan penting..

Selepas meletakkan telefon,
kamu pun segera menyiapkan perkara-perkara yang di perlukan dalam perjalanan itu..
Hari sudah menjelang senja,
kamu pun bergegas ke arah kenderaaan kamu..
Kerana bimbang terlewat sampai ke destinasi,
kamu memecut terlalu laju kenderaan kamu serta melanggar banyak peraturan jalan raya,
dan dalam keadaan tidak menghiraukan tentang keselamatan diri,
tiba-tiba kamu terlibat dalam satu kemalangan yang teruk,
beberapa orang yang terlibat telah terbunuh dalam kemalangan tersebut,
manakala kamu pula tersepit di dalam kenderaan kamu sendiri yang telah remuk,
dalam kegagahan menahan pedih kesakitan,
akhirnya kamu pengsan juga serta tidak sedarkan diri,
beberapa minit kemudian, bantuan pun tiba,
dan pihak bomba telah berjaya mengeluarkan kamu dari kenderaan kamu,
dan kamu pun di hantar ke hospital dengan segera,
setelah tidak sedarkan diri beberapa hari,
apabila kamu tersedar kamu dapati kedua tangan dan kaki kamu telah tiada..

kamu menagis teresak-esak,
rasa pilu dan menyesal yang teramat sangat..
Selepas menerima beberapa rawatan susulan,
doktor telah membenarkan kamu untuk pulang..
sebelum kamu sempat keluar hospital,
beberapa orang anggota dan pegawai polis telah datang menahan kamu dan mendakwa kamu atas kesalahan memandu secara bahaya yang menyebabkan kematian..
Kamu didapati bersalah dan di dakwa,
akhirnya kamu telah di jatuhi hukuman yang setimpal atas perbuatan kamu..

*
Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu dan Tuhan kita semua telah meletakkan peraturan dan undang-undang dalam hidup..
Kita kena mematuhinya..
Dan semestinyalah kita kena taat pada peraturan dan undang-undang Tuhan..
Ianya adalah untuk kebaikan kita juga,
namun apabila kita gagal mematuhi undang-undang dan peraturan Tuhan..
Rasuah, makan riba, berjudi, minum arak, berzina, mencuri, merogol, membunuh, menyamun, merompak, derhaka pada ibu dan bapa, khianat, memungkiri janji, mengumpat, sombong, riak, takabur, menipu, berbohong, berdusta, tamak, kedekut, zalim dan banyak lagi dosa-dosa lain-lain yang kita langgar..

Manakala perintah-perintah Allah seperti sembahyang, zakat, puasa, haji, sedekah, membantu serta menolong orang miskin, menjaga anak yatim,
taat pada ibu bapa, menghormati orang tua, memuliakan kaum wanita, menyayangi anak-anak, ikhlas, jujur, amanah, taat, penyayang serta banyak lagi kebaikan yang Tuhan perintahkan namun kita menolaknya serta enggan..

Kemudian, dalam keadaan jahat kita menemui Allah,
Dalam keadaan cacatnya amalan itu kita menemui Allah,
Dalam keadaan kotor kita menemui Allah..
Dalam keadaan buruknya amalan kita menemui Allah.
Kemudian kita meminta kepada Allah agar dapat dikembalikan hidup didunia ini untuk beramal setelah di perlihatkan azab neraka jahannam.
Ini adalah mustahil dan sudah tentu tidak boleh...

~
“Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan jadilah kami daripada golongan orang-orang yang beriman.”
~Quran Surah Al-An’am 6 : 27~

sama halnya dengan orang yang terbabit dalam kemalangan serta kehilangan tangan dan kaki tersebut dia tidak mungkin dapat masuk semula kedalam kandungan ibunya untuk mendapatkan tangan dan kaki,
begitulah juga apabila seseorang telah menemui Allah dalam keadaan penuh dengan dosa-dosa, nescaya dia juga tidak akan dapat di kembalikan kedunia ini lagi untuk beramal kebajikan..
Walaupun tidak ada sesuatu pun yang mustahil bagi Allah,
namun itulah sunnahtullah (Cara Allah) itu sendiri.

~
Dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim ketika mereka melihat azab berkata: "Adakah kiranya jalan untuk kembali (ke dunia)?"
Dan kamu akan melihat mereka dihadapkan ke neraka dalam keadaan tunduk kerana (merasa) hina,
mereka melihat dengan pandangan yang lesu.
Dan orang-orang yang beriman berkata:
"Sesungguhnya orang-orang yang merugi ialah orang-orang yang kehilangan diri mereka sendiri dan (kehilangan) keluarga mereka pada hari kiamat.
Ingatlah,
sesungguhnya orang - orang yang zalim itu berada dalam azab yang kekal.
~Quran Surah Asy Syuura 42 : 44~

Dunia ini seperti sebuah perjalanan,
perjalanan yang akan membawa kita kedestinasi seterusnya..
Lambat ataupun cepat, yang pasti nanti kita akan menemuiNya juga..
Kita semua akan ditanya tentang apa yang kita perbuat,
sama ada perkara yang kecil atau pun yang paling besar..
Setiap diri bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri..

~
Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri,
dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali,
dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan."
~Quran Surah Al An'aam 6 : 164~

No comments:

Post a Comment