Social Icons

Pages

Tuesday 15 January 2013

HAK SEORANG MUSLIM TERHADAP MUSLIM YANG LAIN


MENURUT Imam Al-Ghazali,
hak seorang Muslim terhadap Muslim lainnya ada 22 perkara.
Ia memberikan nasihatnya sebagaimana diuraikan di bawah ini.

1. Hendaklah engkau lebih dulu memberi salam kepadanya,
setiap kali bertemu dengannya.


2. Hendaklah engkau mencintainya,
sebagaimana engkau mencintai dirimu sendiri,
ataupun engkau membencinya sebagaimana engkau membenci dirimu sendiri juga.


3. Jangan sekali-kali menyakiti sesama Muslim dengan perbuatan atau percakapan.


4. Hendaklah engkau merendahkan hati terhadap sesama Muslim dan jangan berlaku sombong terhadapnya.
Sabda Rasulullah Saw, “Sesungguhnya Allah Ta’ala mewahyukan,
agar kamu merendah diri sehingga seorang kamu tiada membesarkan diri ke atas yang lainya.”


5. Janganlah engkau mendengar berita-berita buruk yang disampaikan orang yang berlaku antara satu dengan yang lain,
ataupun menyampaikan berita-berita buruk yang didengarnya itu dari seorang kepada yang lain.
Ada sebuah hadis yang ertinya:
“Tidak akan masuk syurga orang yang suka menyampaikan berita-berita buruk kepada yang lain”.


6. Jangan sampai tidak bertegur sapa terhadap seorang Muslim yang dikenalnya lebih dari tiga hari berturut-turut,
betapa pun dia marah kepada Muslim itu.
Rasulullah Saw bersabda:
“Tidaklah halal bagi seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) saudaranya Muslim yang lain lebih dari tiga hari,
mereka keduanya berjumpa lalu yang satu memalingkan muka dari yang lain,
dan adalah sebaik-baik orang diantara keduanya ialah orang yang memulakan salam terlebih dahulu”.


7. Hendaklah engkau berbuat baik kepada semua orang sekadar kemampuanmu,
tidak perlu memandang apakah ia dari ahlinya (yang patut untuk menerima kebaikan itu) ataupun bukan ahlinya (yang tidak patut menerimanya).


8. Hendaklah engkau tidak memasuki rumah seseorang,
melainkan sesudah engkau diizinkan masuk.
Engkau boleh meminta izin sampai tiga kali saja,
jika ia masih belum memberi izin, maka hendaklah engkau pulang.


9. Hendaklah engkau mempergauli semua manusia dengan budi pekerti yang luhur dan melayani mereka menurut cara-cara yang mereka sukai.


10. Hendaklah engkau menghormati orang tua dan menyayangi anak-anak kecil.


11. Hendaklah engkau selalu bergembira dan menunjukkan muka manis kepada orang lain serta berhati lembut.


12. Janganlah engkau berjanji kepada seseorang Muslim,
melainkan engkau dapat menetapi janji itu, tidak memungkirinya.

Rasulullah Saw bersabda: “Janji itu adalah suatu pemberian”.
Sabda baginda Saw yang lain: “Janji itu adalah hutang”.


13. Hendaklah engkau berlaku adil terhadap orang lain,
jangan membuat sesuatu perkara terhadap orang lain,
jika perkara semacam itu tidak disukai bilamana diperlakukan terhadap dirinya sendiri.

Rasulullah Saw bersabda kepada Abu Darda,
katanya:
“Wahai Abu Darda!
Lakukan yang baik kepada tetangga yang bertetangga denganmu,
niscaya engkau menjadi seorang Muslim yang sebenarnya.
Dan cintailah bagi semua orang apa yang engkau cintai bagi dirimu sendiri,
dengan itu maka engkau menjadi seorang Muslim sejati”.


14. Hendaklah engkau melebihkan penghormatanmu pada seseorang,
bilamana gaya dan pakaian orang tersebut menunjukan bahawa ia seorang yang terhormat atau tinggi kedudukannya dalam masyarakat.
Sebab setiap orang harus diberikan penghormatan menurut darjat kedudukannya.


15. Hendaklah engkau berusaha untuk mendamaikan perselisihan faham antara kaum Muslimin, dimana ada peluang untuk mendamaikan antara mereka.


16. Hendaklah engkau menutup-nutupi keburukan kaum Muslimin.



17. Hendaklah engkau menjauhkan diri dari tempat-tempat yang menimbulkan berbagai kecurigaan, cemuhan, atau sangkaan buruk untuk menjaga hati orang kebanyakan dari mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang tidak baik terhadap dirimu,
dan memelihara lidah-lidah mereka dari mengumpat.
Sekiranya mereka telah bermaksiat kepada Allah oleh sebab kelakuanmu,
maka engkau termasuk berbuat dosa seperti mereka juga.


18. Hendaklah engkau tolong-menolong dengan sesama Muslim yang mempunyai hajat dan keperluan dan menjamin mereka kepada orang yang berpangkat,
agar orang itu dapat menolongnya dan memenuhi kebutuhan dan keperluannya sekadar kemampuan.

Rasulullah Saw bersabda:
“Jaminkanlah (hajat seseorang),
nescaya kamu akan menerima pahala”.


19. Hendaklah engkau memulakan salam kepada siapa yang engaku temui sebelum engkau mengajaknya bercakap-cakap.
Sesudah itu hendaklah engkau berjabat tangan pula.

Allah SWT berfirman:
“Jika kamu diberi salam dengan sesuatu salam,
maka hendaklah kamu membalas salam itu dengan salam yang lebih baik,
ataupun balaslah dengan salam yang seumpamanya”.


20. Hendaklah engkau memelihara kehormatan kawanmu,
dirinya, dan harta-bendanya dari penganiyaan orang lain sekadar kemampuanmu,
menahan segala kesusahan, mempertahankannya dan menolongnya,
sebab yang demikian itu wajib atasmu menurut dasar persaudaraan Islam.

Rasulullah Saw berabda:
“Tidak ada seorang Muslim pun yang menolong seorang Muslim yang lain dalam suatu keadaan di mana kehormatannya telah diceroboh,
dan dirinya telah diperlakukan secara sewenang-wenang,
melainkan Allah akan menolong orang itu dalam kesusahannya di tempat lain,
di mana ia merasa perlu pertolongan itu dari Allah.
Dan tidak ada seorang pun yang mengecewakan seorang Muslim yang lain dalam suatu keadaan,
di mana kehormatannya telah diceroboh,
melainkan Allah akan mengecewakan orang itu pada suatu keadaan lain,
di mana ia sangat-sangat mengharapkan pertolongan dari Allah”.


21. Hendaklah engkau mendoakan bagi orang bersin.
Nabi Saw mengajar orang yang bersin itu supaya berkata:
“Alhamdulillah ‘ala kulli hal
(Segala kepujian bagi Allah atas setiap perkara).

Orang yang mendoakan pula berkata:
Yarhamukumullah
(moga-moga Allah merahmatimu).

Dibalas pula oleh yang bersin:
Yahdikumullahu wa Yushlihu Balakum
(moga-moga Allah memberi kamu petunjuk dan memberihkan hati kamu)”.


22. Bila engkau diuji dengan perbuatan orang yang jahat,
maka hendaklah engkau menanggung dengan sabar dan menjaga dirimu dari kejahatannya.
Setengah orang berkata: Berikhlas diri kepada Mu’min dengan seikhlas-ikhlasnya,
dan tunjukkanlah akhlak yang baik semampu-mampunya kepada orang jahat,
sebab orang yang jahat itu selalu suka dengan akhlak-akhlak yang baik pada zahirnya saja.


Wallahu a’lam bish-shawab.*

Sunday 13 January 2013

KEKAL DALAM NERAKA

Dan sesungguhnya para penghuni neraka itu mengharapkan agar kematian menimpa mereka, tetapi malangnya kesudahan mereka adalah hidup kekal selamanya dalam azab siksa yang sengsara...

SATU PERJALANAN

Sedang asyik menonton rancangan tv kegemaran kamu sambil minum petang..
terdengar deringan telefon di satu sudut ruang tamu,
kamu pun meninggalkan keasyikan tadi dan menyambut panggilan tersebut..
Kedengaran di hujung talian rakan kamu telah memanggil kamu untuk melakukan satu perjalanan penting..

Selepas meletakkan telefon,
kamu pun segera menyiapkan perkara-perkara yang di perlukan dalam perjalanan itu..
Hari sudah menjelang senja,
kamu pun bergegas ke arah kenderaaan kamu..
Kerana bimbang terlewat sampai ke destinasi,
kamu memecut terlalu laju kenderaan kamu serta melanggar banyak peraturan jalan raya,
dan dalam keadaan tidak menghiraukan tentang keselamatan diri,
tiba-tiba kamu terlibat dalam satu kemalangan yang teruk,
beberapa orang yang terlibat telah terbunuh dalam kemalangan tersebut,
manakala kamu pula tersepit di dalam kenderaan kamu sendiri yang telah remuk,
dalam kegagahan menahan pedih kesakitan,
akhirnya kamu pengsan juga serta tidak sedarkan diri,
beberapa minit kemudian, bantuan pun tiba,
dan pihak bomba telah berjaya mengeluarkan kamu dari kenderaan kamu,
dan kamu pun di hantar ke hospital dengan segera,
setelah tidak sedarkan diri beberapa hari,
apabila kamu tersedar kamu dapati kedua tangan dan kaki kamu telah tiada..

kamu menagis teresak-esak,
rasa pilu dan menyesal yang teramat sangat..
Selepas menerima beberapa rawatan susulan,
doktor telah membenarkan kamu untuk pulang..
sebelum kamu sempat keluar hospital,
beberapa orang anggota dan pegawai polis telah datang menahan kamu dan mendakwa kamu atas kesalahan memandu secara bahaya yang menyebabkan kematian..
Kamu didapati bersalah dan di dakwa,
akhirnya kamu telah di jatuhi hukuman yang setimpal atas perbuatan kamu..

*
Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu dan Tuhan kita semua telah meletakkan peraturan dan undang-undang dalam hidup..
Kita kena mematuhinya..
Dan semestinyalah kita kena taat pada peraturan dan undang-undang Tuhan..
Ianya adalah untuk kebaikan kita juga,
namun apabila kita gagal mematuhi undang-undang dan peraturan Tuhan..
Rasuah, makan riba, berjudi, minum arak, berzina, mencuri, merogol, membunuh, menyamun, merompak, derhaka pada ibu dan bapa, khianat, memungkiri janji, mengumpat, sombong, riak, takabur, menipu, berbohong, berdusta, tamak, kedekut, zalim dan banyak lagi dosa-dosa lain-lain yang kita langgar..

Manakala perintah-perintah Allah seperti sembahyang, zakat, puasa, haji, sedekah, membantu serta menolong orang miskin, menjaga anak yatim,
taat pada ibu bapa, menghormati orang tua, memuliakan kaum wanita, menyayangi anak-anak, ikhlas, jujur, amanah, taat, penyayang serta banyak lagi kebaikan yang Tuhan perintahkan namun kita menolaknya serta enggan..

Kemudian, dalam keadaan jahat kita menemui Allah,
Dalam keadaan cacatnya amalan itu kita menemui Allah,
Dalam keadaan kotor kita menemui Allah..
Dalam keadaan buruknya amalan kita menemui Allah.
Kemudian kita meminta kepada Allah agar dapat dikembalikan hidup didunia ini untuk beramal setelah di perlihatkan azab neraka jahannam.
Ini adalah mustahil dan sudah tentu tidak boleh...

~
“Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan jadilah kami daripada golongan orang-orang yang beriman.”
~Quran Surah Al-An’am 6 : 27~

sama halnya dengan orang yang terbabit dalam kemalangan serta kehilangan tangan dan kaki tersebut dia tidak mungkin dapat masuk semula kedalam kandungan ibunya untuk mendapatkan tangan dan kaki,
begitulah juga apabila seseorang telah menemui Allah dalam keadaan penuh dengan dosa-dosa, nescaya dia juga tidak akan dapat di kembalikan kedunia ini lagi untuk beramal kebajikan..
Walaupun tidak ada sesuatu pun yang mustahil bagi Allah,
namun itulah sunnahtullah (Cara Allah) itu sendiri.

~
Dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim ketika mereka melihat azab berkata: "Adakah kiranya jalan untuk kembali (ke dunia)?"
Dan kamu akan melihat mereka dihadapkan ke neraka dalam keadaan tunduk kerana (merasa) hina,
mereka melihat dengan pandangan yang lesu.
Dan orang-orang yang beriman berkata:
"Sesungguhnya orang-orang yang merugi ialah orang-orang yang kehilangan diri mereka sendiri dan (kehilangan) keluarga mereka pada hari kiamat.
Ingatlah,
sesungguhnya orang - orang yang zalim itu berada dalam azab yang kekal.
~Quran Surah Asy Syuura 42 : 44~

Dunia ini seperti sebuah perjalanan,
perjalanan yang akan membawa kita kedestinasi seterusnya..
Lambat ataupun cepat, yang pasti nanti kita akan menemuiNya juga..
Kita semua akan ditanya tentang apa yang kita perbuat,
sama ada perkara yang kecil atau pun yang paling besar..
Setiap diri bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri..

~
Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri,
dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali,
dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan."
~Quran Surah Al An'aam 6 : 164~

DOA KEHANCURAN


900 Tahun lamanya nabi Nuh a.s (Noah) berdakwah siang dan malam kepada kaumnya supaya beriman kepada Allah,
hanya 83 orang dikalangan kaumnya yang beriman kepada Allah, sedangkan isteri baginda serta anaknya sendiri juga tidak mahu mengikuti seruan nabi Nuh a.s..
Setelah itu barulah Allah turunkan azabNya berupa banjir besar yang maha dasyat yang membinasakan orang orang kafir..

Kita hari ini lebih banyak berdoa supaya Allah membinasakan orang orang kafir, tapi dakwah kita abaikan..

Ia samalah seperti seorang pemuda yang datang berjumpa dengan seorang alim..
Pemuda itu memohon kepada orang alim itu untuk mendoakan dia agar dia dapat memiliki anak,
maka orang alim ini pun bersetuju untuk mendoakan pemuda itu mudah mudahan dia akan memperolehi anak dan pemuda itu pun pulang kerumah..
orang alim ini pun berdoa seperti permintaan pemuda tersebut, dan menjelang beberapa hari,
pemuda itu berjumpa semula dengan orang alim tersebut menyatakan bahawa dia masih belum memperolehi anak,
maka orang alim ini pun mengatakan in sya Allah,
saya akan berdoa bersungguh sungguh supaya kamu memperolehi anak tapi kamu pulanglah dahulu, kata orang alim itu..
Beberapa hari kemudian pemuda itu datang lagi menyatakan bahawa dia masih tidak memperolehi anak..
Akhirnya orang alim itu bertanya kepada pemuda itu,
adakah kamu sudah berkahwin?
Pemuda itupun berterus terang bahawa dia masih belum berkahwin..

Begitulah kita pada hari ini, solat hajat la,
solat di depan kaabah la supaya Allah membinasakan orang kafir,
tapi keadaan sedikit pun tidak berubah,
langit yang menaungi orang orang kafir itu masih lagi cerah,
tanah tempat mereka berpijak masih lagi mengeluarkan tanam tanaman yang baik untuk mereka..

kesimpulannya kita samalah seperti pemuda tersebut..

Bukan mudah untuk membinasakan manusia,
sesiapa pun tidak sanggup untuk membunuh anaknya sendiri..
Begitulah Allah,
manusia adalah ciptaan Allah yang Allah sangat sayangi,
lihat Al Quran,
terdapat 114 surah kesemuanya,
hanya satu surah sahaja yang tidak di mulai dengan sebutan bismillahirrahmanirrahim,
(dengan nama Allah yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG)
yang lain semuanya dimulai dengan menyebut sifatnya yang maha pemurah dan maha penyayang..

Bukanlah Allah tidak mahu mengabulkan doa doa kita,
tetapi kita kenalah mengikuti syaratnya,
iaitu dakwah dahulu seperti mana yang dilakukan oleh para nabi serta rasul rasul..
Setelah kita buat syaratnya, biarlah sesudah itu Allah yang memberi keputusan..

TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Yang menguasai di Hari Pembalasan. 
Hanya Engkaulah yang kami sembah, 

dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus, 
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; 

bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
~Quran - Surah Al Fatihah : 1-7~

~~~~~~~~~~

Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi esok hari atau berita dari langit tentang masa depan kita.
Hidup tidak menentu seperti cuaca, segala ramalan tentang masa depan semuanya tidak benar kecuali apa yang diberitahu oleh Allah SWT didalam kitabNya.

Sebab itulah Allah SWT mahu agar kita berdoa setiap hari memohon petunjuk daripadaNya.
Setiap hari didalam Solat @ sembahyang kita membaca doa ini agar kita diberi petunjuk kejalan lurus oleh Allah SWT.

Sebagai manusia kita mudah terpengaruh dengan Iblis & Syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia.
kerana menyesatkan manusia itu adalah kerja IBLIS DAN SYAITAN..

Kita juga mudah tewas dengan ujian dunia yang penuh dengan tipudaya ini.
Kerana inilah kita perlukan hidayah dan setiap Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah kepada manusia agar manusia kembali kepada Allah.

JANGAN KAMU DILALAIKAN OLEH DUNIA

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, 
sampai kamu masuk ke dalam kubur. 
Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui, 
~Quran Surah At Takaatsur : 1-3~

Kehidupan dunia ini bagaikan hujan yang turun di atas permukaan kulit bumi yang kerananya suburlah tumbuh-tumbuhan yang dimakan oleh manusia dan haiwan. 
Hingga ketika bumi telah memakai perhiasan dan keindahannya, dan para penanamnya, yang cita-cita dan pandangan mereka hanya sebatas dunia, pun kagum kerananya.

Datanglah perintah Allah SWT yang akhirnya tanaman itu layu, menguning, kering dan hancur.
Bumi kembali kepada keadaannya semula,
seakan-akan belum pernah ada tanaman yang hijau di atas permukaan kulitnya.

Demikianlah dunia.
Tatkala pemiliknya bermegah-megahan dengannya,
apa saja yang ia inginkan dari tuntutan dunia dapat ia peroleh.
Apa saja perkara dunia yang ia tuju,
ia dapatkan pintu-pintunya terbuka.
Namun tiba-tiba ketetapan takdir menimpanya berupa hilangnya dunia dari tangannya.
dan ia kembali kepada Allah yang mana harta yang menutupi kulitnya hanyalah kain kapan yang bakal hancur bersama tubuhnya didalam tanah...

~~~
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan,
perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak,
seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.
Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya.
Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
~Quran Surah Al-Hadid: 20~

JANGANLAH ENGKAU CONDONG KEPADA DUNIA

“Janganlah engkau condong kepada dunia. 
Jangan engkau jadikan dunia sebagai tanah air (tempat menetap), 

dan jangan pula pernah terdetik di jiwamu untuk hidup kekal di dalamnya. 
Jangan engkau terpaut kepada dunia kecuali sekadar terkaitnya seorang asing pada selain tanah airnya, 
di mana ia ingin segera meninggalkan negeri asing tersebut untuk kembali kepada keluarganya.”
~Al-Imam An-Nawawi rahimahullah~

orang-orang yang bertakwa lagi bijakSANA itu mengharungi dunia mereka.
Namun mereka enggan untuk tenggelam di dalamnya,
kerana dunia hanyalah tempat persinggahan yang sementara…
Di sana menanti negeri keabadian yang keutamaannya tiada bandingan dengan dunia.

Al-Mustaurid bin Syaddad radhiyallahu ‘anhu berkata,
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Tidaklah dunia bila dibandingkan dengan akhirat kecuali hanya semisal salah seorang dari kalian memasukkan sebuah jarinya ke dalam lautan.
Maka hendaklah ia melihat apa yang dibawa oleh jari tersebut ketika diangkat?”
(HR. Muslim no. 7126)

demikian kecilnya perbendaharaan dunia yang sekejap ini jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat yang abadi.

JIKA KAMU DIBERI 2 PILIHAN

Bayangkan jika kamu diberi dua pilihan didalam hidup ini…
yang mana satukah yang akan menjadi pilihan hidup kamu?

Pilihan yang pertama - 

Kamu dimasukkan kedalam penjara selama 1 jam setengah dan terikat dengan peraturan dan undang-undang didalam penjara. Kamu makan dan minum apa sahaja yang diberi dan masa tidur dan rehat telah ditetapkan. 
Selepas 1 jam setengah Kamu dibenarkan keluar, 
diberi pengampunan dan kemudian dianugerahkan sebuah istana beserta dengan pengawal dan dayang-dayang,
dikahwinkan dengan seorang puteri yang rupawan dan diberi makanan yang paling enak dan berbagai hidangan dan kenderaan mewah.
Segalanya dengan percuma dan tinggal disana selama hayat kamu.

Pilihan yang kedua -
Kamu dibenarkan melakukan sesuka hati Kamu selama 1 jam setengah,
Kamu diberi segala kesenangan dan kemewahan.
Kamu bebas mengahwini mana-mana wanita yang Kamu suka sebanyak mana,
makan dan minum apa sahaja dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan.
Kamu bebas menurut keinginan hawa nafsu dan syahwat Kamu,
tiada siapa yang akan menghalang Kamu.
Selepas 1 setengah jam Kamu akan ditahan dan dimasukkan kedalam penjara dan akan disiksa dengan berbagai hukuman dan siksaan yang amat pedih dan dahsyat.

Kehidupan seorang mukmin didunia ini adalah seumpama seperti berada didalam penjara dan kehidupan seorang kafir adalah seperti berada didalam syurga.

Sebagai orang islam kita tertakluk kepada agama ataupun perintah Allah SWT serta laranganNya dan tidak boleh menurut hawa nafsu semata-mata.
Setiap masa kita terikat kepada hukum Allah dan segala yang halal boleh dibuat dan segala yang haram adalah berdosa dan wajib dijauhi.

Selepas orang mukmin meninggalkan dunia yang sementara ini mereka telah dijanjikan dengan ganjaran syurga oleh Allah SWT.
Segala kenikmatan,
kesenangan dan kemewahan akan disediakan untuk mereka.
Inilah ganjaran bagi mereka yang menjadikan kehidupan didunia seumpama penjara dan tidak bertuhankan hawa nafsu.

Dari Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.”
(Hadis Riwayat Muslim)

AMALAN AHLI SYURGA DAN NERAKA

Siapa yang melakukan amalan ahli neraka didunia ini sepanjang hayatnya, dia pasti akan masuk ke syurga...

Siapa yang melakukan amalan ahli syurga di dunia ini sepanjang hidupnya, dia pasti akan masuk ke neraka...

JUTAWAN AMERIKA MEMELUK ISLAM ♥ Alhamdulillah




♥ ♥ ♥

Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya.

♥ Quran - Surah al-Baqarah: 272 ♥

Maka itu, tidak hairan jika hidayah Allah itu datang dengan cara yang tidak disangka-sangka.
Begitu juga dengan kembara hidayah insan bernama Richard Patterson atau nama Islamnya, Abdulaziz.

Abdulaziz bukan sebarangan orang.
Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang.
Namun, dia melakukan hijrah akidah selepas sebulan berada di bumi Arab Saudi.

Jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas.

Abdulaziz menjejakkan kaki di Arab Saudi atas urusan menandatangani kontrak perjanjian dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Saudi untuk melatih para pelajarnya menyediakan bantuan kecemasan ketika di udara.

Semasa tinggal di negara itu, Abdulaziz keluar makan malam atas pelawaan tiga orang dari Kementerian Hal Ehwal Islam yang juga merupakan ahli kepada projek yang dikenali Guide Me to Islam. Ketiga-tiganya bercerita dengan Abdulaziz mengenai Islam dan intipati tentang kebenarannya.

"Tujuan saya datang ke Arab Saudi semata-mata berkaitan urusan perniagaan.
Tetapi saya gembira dengan keputusan bijak dalam kehidupan saya ini iaitu bergelar Muslim,"
kata Abdulaziz dalam satu majlis meraikan pengislaman itu.

Abdulaziz memuji etika berpakaian orang Arab dan mengakui ia cukup selesa dan begitu cantik.

Ketika berada di negara asal kelahirannya, Abdulaziz selalu mendengar cerita-cerita negatif tentang Islam menerusi saluran-saluran media yang boleh dikatakan memburukkan imej Islam.

"Membaca tentang Islam semata-mata adalah tidak mencukupi untuk mengenali dan memahami Islam yang sebenar.

"Lantaran itu peluang bertemu dan berkenalan dengan umat Islam lebih membuatkan saya mengenali roh Islam dengan lebih jelas," katanya.

Abdulaziz menganggap dirinya bertuah kerana mengenali Islam menerusi teman-teman Muslim yang bersama-samanya sepanjang berada di bumi Arab itu. Malah beliau turut mengakui Islam adalah agama yang benar dan penuh toleransi.

"Masyarakat Islam dan warga Arab Saudi sangat baik hati, merendah diri dan bersikap terbuka kepada orang luar," kata Abdulaziz.

Beliau turut merasa mereka seperti keluarganya sendiri,
kerana tidak pernah mengalami perasaan terasing atau dilayan dengan buruk sepanjang berada di Arab Saudi.

Bagi Abdulaziz, apa yang paling menarik mengenai masyarakat Arab adalah mereka sangat beragama dan menjadikan agama Islam sebahagian daripada kehidupan.

Dia memang berharap untuk membawa rakan-rakannya ke Arab Saudi untuk mengalami sendiri apa yang telah dilaluinya,
sekali gus mengubah persepsi mereka tentang Islam.
Abdulaziz juga menyeru pengusaha Muslim untuk bekerja keras dan menarik pengusaha asing memeluk agama Islam.
Ini kerana ada di antara usahawan Muslim tidak begitu serius dalam melakukan dakwah kepada rakan kongsi yang bukan beragama Islam.
Beliau berpendapat,
sikap begitu sebenarnya satu kerugian besar buat agama Islam itu sendiri.

"Kita boleh menyediakan buku-buku tentang Islam kepada delegasi semasa pertemuan urus niaga dijalankan.

"Dengan cara ini ia dapat membantu menjernihkan imej Islam yang selama ini telah diburukkan oleh pihak-pihak tertentu,"
tegas beliau.

Seorang guru yang menjadi jurubahasa kepada Abdulaziz,
Issam Abdul Razzaq berkata, golongan yang sudah berjaya terutama para usahawan adalah kunci utama dalam memainkan peranan mempamerkan imej-imej tertentu tentang Islam.

"Mereka yang sudah berjaya mempunyai kredibiliti dalam kalangan ahli komuniti mereka kerana mereka telah dianggap penting.

"Oleh itu, apabila mereka memilih untuk memeluk Islam,
pasti ia menimbulkan rasa ingin tahu orang lain yang mana pada masa sama mereka mahu mengetahui dengan lebih mendalam akan agama baru mereka itu," kata Issam.

TAPI BILA IMAN KUAT


KONSEP TUHAN DALAM AGAMA HINDU



Agama Hindu biasanya dilihat sebagai agama politeisme. 
Malah, 
Pengikut agama Hindu akan membuktikan kenyataan ini, 
mereka percaya kepada kewujudan pelbagai Tuhan.
Walau bagaimana pun sesetengah orang Hindu percaya dalam kewujudan tiga tuhan,
ada orang yang beriman kepada beribu-ribu tuhan,
dan beberapa orang lain percaya kepada 330 juta tuhan.

Walau bagaimanapun,
seorang penganut agama Hindu,
yang mahir dalam kitab-kitab agama mereka,
tetap akan menegaskan bahawa seorang Hindu harus percaya dan menyembah kepada hanya satu Tuhan.

Konsep Tuhan mengikut Kitab-kitab Hindu:
Kita hanya boleh memahami konsep Tuhan dalam agama Hindu dengan menganalisis kitab-kitab agama Hindu.

Bhagavad Gita
Kitab yang paling popular daripada semua kitab-kitab Hindu adalah Bhagavad Gita.
Pertimbangkan ayat berikut dari Gita:

“Mereka yang akalnya di pesong oleh nafsu dunia menyerahkan diri mereka kepada Dewa palsu dan ikut kaedah-kaedah tertentu dan peraturan ibadat mengikut sifat mereka sendiri.”
[Bhagavad Gita 7:20]

Bhagavad Gita menyatakan bahawa hanya orang-orang yang mengikut nafsu hati mereka akan menyembah Dewa palsu iaitu ‘Tuhan-tuhan’ selain Tuhan yang Esa.
Upanishad:
Upanishad adalah kitab suci kepada penganut agama Hindu.
Ayat-ayat berikut daripada Upanishad merujuk kepada Konsep Tuhan:

“Ekam evadvitiyam”
“Dia hanyalah satu tanpa yang kedua.”
[Chandogya Upanishad 06:02:01] 1

“Na casya kascij janita cadhipah na.”
“Dia tidak ada ibu bapa atau tuan.”
[Svetasvatara Upanishad 6:09] 2

“Na Tasya pratima Asti”
“Tidak ada yang sama denganNya.”
[Svetasvatara Upanishad 4:19] 3

Ayat-ayat berikut dari Upanishad melarang manusia daripada membayangkan Tuhan dalam rupa bentuk yang tertentu:

“Na samdrse tisthati rupam asya,
na caksusa pasyati Kas canainam.”

“Rupanya tidak untuk dilihat;
tiada siapa yang pernah melihat Tuhan dengan matanya.” [Svetasvatara Upanishad 4:20] 4

Rujukan
1[The Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 447 and 448]
[Sacred Books of the East, volume 1 ‘The Upanishads part I’ page 93]
2[The Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 745]
[Sacred Books of the East, volume 15, ‘The Upanishads part II’ page 263.]
3[The Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 736 & 737]
[Sacred Books of the East, volume 15, ‘The Upanishads part II’ page no 253]
4[The Principal Upanishad by S. Radhakrishnan page 737]
[Sacred Books of the East, volume 15, ‘The Upanishads part II’ page no 253]

Kitab Veda
Veda diterima sebagai kitab yang paling suci dari segala kitab-kitab agama Hindu. Terdapat empat Veda besar:
Rigveda, Yajurveda, Samveda dan Atharvaveda.

Yajurveda
Ayat-ayat berikut dari Yajurveda menyatakan konsep Tuhan yang sama:

“Na Tasya pratima Asti
“Tidak ada Rupa untukNya.”
[Yajurveda 32:3] 5

“Shudhama poapvidham”
“Dia tanpa badan dan Dia Suci.”
[Yajurveda 40:8] 6

“Andhatama pravishanti kamu asambhuti mupaste”
“Mereka yang menyembah elemen alam
(Udara, Air, Api, dan sebagainya) ; memasuki kegelapan,”.

“Terbenam dalam kegelapan yang lebih mendalam,
sesiapa yang menyembah sambhuti.”
[Yajurveda 40:9] 7

Sambhuti bermaksud ciptaan, contohnya:
kerusi,meja,patung, berhala, dan sebagainya.
Doa berikut terkandung dalam Yajurveda:
“Tunjuklah kami jalan yang benar, buanglah dosa-doa yang membuat kita sesat dan menyimpang.”
[Yajurveda 40:16] 8


Rujukan
5 [Yajurveda oleh Devi Chand M.A. halaman 377]
6 [Yajurveda Samhita oleh Ralph T. H. Giffith halaman 538]
7 [Yajurveda Samhita oleh Ralph T. H. Giffith halaman 538]
8 [Yajurveda Samhita oleh Ralph T. H. Griffith halaman 541]


Atharvaveda
Atharvaveda memuji Tuhan di dalam Kitab 20,
Lagu 58 dan ayat 3: “Dev maha OSI”
“Sesungguhnya Tuhan Maha besar”
[Atharvaveda 20:58:03] 9

Rigveda
Kitab yang tertua daripada semua veda adalah Rigveda.
Ia juga dianggap paling suci oleh penganut Hindu.
Rigveda menyatakan dalam Buku 1, lagu 164 dan ayat 46:

“Rishi ( Guru yang berpengetahuan) memanggil satu Tuhan dengan pelbagai nama.”
[Rigveda 1:164:46]

Rigveda memberikan pelbagai gambaran yang berbeza kepada Tuhan yang maha esa.
Kebanyakan disebut dalam Rigveda Buku 2 lagu 1.

Antara ciri-ciri Tuhan,
salah satu daripada sifat-sifat yang indah disebut dalam Rigveda Buku II bertasbih ayat 1 3, ialah Brahma.

Brahma bermaksud ‘Pencipta’.
apabila Diterjemahkan ke dalam bahasa Arab ia digelar Khaaliq. Umat Islam tidak mempunyai sebarang halangan jika Tuhan digelar Khaaliq atau ‘Pencipta’ atau Brahma.
Namun jika dikatakan bahawa Brahma adalah Tuhan yang Maha Kuasa yang mempunyai empat kepala dengan kepala masing-masing mempunyai mahkota,
umat Islam akan menentang sekeras keras kepadanya.

Menyifatkan Tuhan dalam bentuk manusia juga bertentangan dengan ayat berikut Yajurveda:
“Na Tasya Pratima Asti”
“Tidak ada rupa-Nya.”
[Yajurveda 32:3]

Satu lagi sifat Tuhan yang indah disebut dalam Rigveda Buku II bertasbih ayat 1 3 adalah Vishnu.
Vishnu bermaksud ‘Yang memelihara’.
Apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Arab ia digelar Rabb.
Sekali lagi, umat Islam tidak ada bantahan jika Tuhan yag Maha berKuasa digelar sebagai Rabb atau ‘Pemelihara’ atau Vishnu. Tetapi imej popular dari 9 [Atharveda Samhita vol 2 William Dwight Whitney halaman 910]
Menggambarkan Vishnu yang di percayai penganut agama Hindu, sebagai Tuhan yang mempunyai empat tangan,
dengan salah satu tangan kanan memegang chakra,
Seperti : Cakera dan salah satu daripada lengan kiri memegang ‘siput shell yang besar’, atau menunggang burung atau berbaring di sofa ular.
Islam tidak boleh menerima apa-apa imej Tuhan.
Seperti yang disebutkan tadi ini juga bertentangan dengan Svetasvatara Upanishad Bab ayat 4 19.

“Na Tasya pratima Asti”
“Tidak ada persamaan dengan-Nya”

Ayat berikut dari Buku Rigveda 8,
bertasbih 1, ayat 1 merujuk kepada Perpaduan dan keagungan Wujud yang Tertinggi :

“Ma cid anyad vi sansata sakhayo ma rishanyata”
“Wahai kawan-kawan,
jangan menyembah sesiapa melainkan Dia,
Yang Maha Suci.
Segala pujian bagi-Nya.”
[Rigveda 08:01:01] 10

“Devasya samituk parishtutih”
“Sesungguhnya, amat besar kemuliaan Maha Pencipta.”
[Rigveda 5:1:81] 11

Brahma Sutra:
Brahma Sutra Agama Hindu ialah:
“Ekam Brahm, dvitiya naste neh na naste kinchan”
“Tuhan hanya satu, bukan dua;
tidak sama sekali, tidak sama sekali, tidak ada langsung.”

Oleh itu hanya kajian yang betul terhadap kitab agama Hindu boleh membantu seseorang memahami konsep Tuhan dalam agama Hindu.

Rujukan
10 [Rigveda Samhita vol. 9, halaman 2810 dan 2811 oleh Swami satya Prakash Saraswati dan Satyakam Vidyalankar]

11 [Rigveda Samhita vol. 6,
muka surat 1802 dan 1803 oleh Swami satya Prakash Saraswati dan Satyakam Vidyalankar]


Oleh Dr. Zakir Naik

WANITA DARI PANDANGAN KRISTIAN, YAHUDI DAN ISLAM


APA KATA KRISTIAN TENTANG WANITA?


“Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati.
Aku tidak membenarkan wanita mengajar atau memerintah lelaki;
wanita mesti berdiam diri.
Hal ini demikian kerana Adam dicipta dahulu,
kemudian barulah Hawa.
Lagi pula bukan Adam yang ditipu,
tetapi wanita yang tertipu,
sehingga melanggar perintah Allah.”  
(1 Timothy 2: 11-14)

“Kaum wanita haruslah berdiam diri di dalam gereja.
Mereka tidak dibenarkan berkata-kata; mereka harus patuh kerana demikianlah ajaran Taurat.
Jika mereka hendak mengetahui sesuatu,
mereka harus bertanya kepada suami mereka di rumah.
Amatlah memalukan jika seseorang wanita berkata-kata di perjumpaan jemaah.”
(1 Korintus 14:34-35)

“Jika seorang wanita tidak menudung kepala ketika berdoa atau menyampaikan perkhabaran daripada Allah di hadapan orang ramai, dia memalukan suaminya.
Wanita itu seperti wanita yang kepalanya dicukur.
Jika seorang wanita tidak mahu menudung kepalanya, lebih baik dia menggunting rambut.
Tetapi sangat memalukan jika seorang wanita dicukur kepalanya atau digunting rambutnya.
Oleh itu lebih baik dia menudung kepalanya.
Seorang lelaki tidak perlu menudung kepala kerana dia mencerminkan rupa dan kemuliaan Allah. Tetapi wanita mencerminkan kemuliaan lelaki, kerana lelaki tidak dijadikan daripada wanita, melainkan wanita dijadikan daripada lelaki.
Begitu juga lelaki tidak dijadikan untuk kepentingan wanita,
tetapi wanita dijadikan untuk kepentingan lelaki.
Oleh itu, kerana malaikat-malaikat,
seorang wanita harus menudung kepala sebagai tanda bahawa dia di bawah kekuasaan suaminya.”  
(1 Korintus 11:5-10)

“Baiklah kamu pertimbangkan sendiri:
patutkah seorang wanita berdoa kepada Tuhan di hadapan orang ramai dengan tidak menudung kepala?”  
(1 Korintus 11:13)

“Manusia itu menjawab:
“Perempuan yang Kau tempatkan di sisiku,
dialah yang memberi dari buah pohon itu kepadaku, maka ku makan”.
Maka berfirmanlah TUHAN kepada perempuan itu:
“Apakah yang telah kau perbuat ini?”.
Jawab perempuan itu:
“Ular itu yang memperdayakan aku, maka ku makan”.
Lalu berfirmanlah TUHAN kepada ular itu:
“Kerana engkau berbuat demikian, terkutuklah engkau di antara segala ternak dan di antara segala binatang hutan; dengan perutmulah engkau akan menjalar dan debu tanahlah akan kau makan seumur hidupmu.
Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini,
antara keturunanamu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu,
dan engkau akan meremukkan tumitnya”.
FirmanNya kepada perempuan itu:
“Susah payahmu waktu mengandung akan Ku buat sangat banyak;
dengan kesakitan engkau akan melahirkan anakmu;
namun engkau akan berahi kepada suamimu dan dia akan berkuasa atasmu”.”  
(Kejadian 3:12-16)

“Katakanlah kepada orang Israel:
Apabila seorang perempuan bersalin dan melahirkan anak lelaki,
maka najislah dia selama TUJUH HARI.
Sama seperti pada hari-hari dia bercemar kain dia najis.
Dan pada hari yang kelapan haruslah dikerat daging kulit khatan anak itu.
Selanjutnya TIGA PULUH TIGA HARI lamanya perempuan itu harus tinggal menantikan pentahiran dari darah nifas, tidak boleh dia kena kepada sesuatu apa pun yang kudus dan tidak boleh dia masuk ke tempat kudus, sampai sudah genab hari-hari pentahirannya.
Tetapi jikalau dia melahirkan anak perempuan,
maka najislah dia selama DUA MINGGU,
sama seperti pada waktu dia bercemar kain,
selanjutnya ENAM PULUH ENAM HARI lamanya dia harus tinggal menantikan pentahiran dari darah nifas.”  
(Imamat 12:2-5)

“Dan aku menemukan sesuatu yang lebih pahit daripada maut:
perempuan yang adalah jala, yang hatinya adalah jerat dan tangannya adalah belenggu.
Orang yang dikenan Allah terhindar daripadanya, tetapi orang yang berdosa ditangkapnya.
Lihatlah, ini yang kudapati, kata Pengkhutbah:
Sementara menyatukan yang satu dengan yang lain untuk mendapat kesimpulan,
yang masih kucari tetapi tidak kudapati,
kudapati seorang lelaki yang lurus di antara seribu,
tatapi tidak kudapati seorang perempuan yang lurus di antara mereka.”  
(Pengkhutbah 7:26-28)

“Apabila seorang perempuan mengeluarkan lelehan,
dan lelehannya itu adalah darah dari auratnya,
dia harus tujuh hari lamanya dalam cemar kainnya,
dan setiap orang yang kena kepadanya menjadi najis sampai matahari terbenam.
Segala sesuatu yang ditidurinya selama dia cemar kain menjadi najis.
Dan segala sesuatu yang didudukinya menjadi najis juga.
Setiap orang yang kena kepada tempat tidur perempuan itu haruslah mencuci pakaiannya,
membasuh tubuhnya dengan air dan dia menjadi najis sampai matahari terbenam.
Setiap orang yang kena kepada sesuatu barang yang diduduki perempuan itu haruslah mencuci pakaiannya, membasuh diri dengan air dan dia menjadi najis sampai matahari terbenam.
Juga pada waktu dia kena kepada sesuatu yang ada di tempat tidur atau di atas barang yang diduduki perempuan itu, dia menjadi najis sampai matahari terbenam.
Jikalau seorang lelaki tidur dengan perempuan itu,
dan dia kena cemar kain perempuan itu, maka dia menjadi najis selama tujuh hari,
dan setiap tempat tidur yang ditidurinya menjadi najis juga.
Apabila seorang perempuan berhari-hari lamanya mengeluarkan lelehan,
yakni lelahan darah yang bukan pada waktu cemar kainnya,
atau apabila dia mengeluarkan lelehan lebih lama dari waktu cemar kainnya,
maka selama lelahannya yang najis itu perempuan itu adalah seperti pada hari-hari cemar kainnya, yakni dia najis. Setiap tempat tidur yang ditidurinya, selama dia mengeluarkan lelahan,
haruslah baginya seperti tempat tidur pada waktu cemar kainnya dan setiap barang yang didudukinya menjadi najis sama seperti kenajisan cemar kainnya.
Setiap orang yang kena kepada barang-barang itu menjadi najis,
dan dia harus mencui pakaiannya, membasuh tubuhnya dengan air,
dan dia menjadi najis sampai matahai terbenam.
Tetapi jikalau perempuan itu sudah tahir dari lelehannya,
dia harus menghitung tujuh hari lagi sesudah itu barulah dia menjadi tahir.
Pada hari yang kelapan, dia harus mengambil dua ekor burung tekukur dan dua ekor anak burung merpati dan membawanya kepada imam ke pintu Khemah Pertemuan. Imam harus mempersembahkan yang seekor sebagai korban penghapus dosa dan yang seekor lagi sebagai korban bakaran.
Dengan demikian imam mengadakan perdamaian bagi orang itu di hadapan TUHAN,
kerana lelehannya yang najis itu.”  
(Imamat 15:19-30)


Dengan kata lain, Bible mengajar bahawa:

1. Wanita harus mendiamkan diri dan mengenepikan keinginan diri sendiri.

2. Wanita tidak patut mengajar.

3. Wanita tidak mempunyai kuasa ke atas lelaki,
sebaliknya harus berdiam diri.

4. Adam dan Hawa tidak sama dalam dosa mereka.
Adam tidak tertipu, sebaliknya Hawa tertipu.

5. Wanita diperintahkan mematuhi kaum lelaki.
Tuhan menetapkan bahawa lelaki memerintah wanita selamanya.

6. Wanita mesti berdiam diri di dalam Gereja.
Adalah memalukan jika mereka bercakap.
Jika mereka mempunyai soalan,
mereka perlu bertanya kepada suami mereka sebelum pergi ke gereja dan suami mereka akan bertanya bagi pihak mereka di gereja.

7. Wanita tidak boleh sembahyang atau membuat pengakuan dengan kepalanya tidak ditutup.

8. Jika wanita bersembahyang dengan kepalanya tidak ditutup,
lebih baiklah dia mencukur kepalanya.

9. Lelaki dicipta daripada rupa dan kemuliaan Tuhan,
dan wanita dicipta daripada kemuliaan lelaki,
maka lelaki berkuasa ke atas mereka.

10. Wanita yang melahirkan bayi lelaki tidak suci selama seminggu,
tetapi wanita yang melahirkan bayi perempuan tidak suci selama DUA minggu.
Maka bayi perempuan adalah DUA KALI tidak suci berbanding bayi lelaki.

11. Adalah mungkin untuk menemui seorang lelaki yang lurus dalam seribu lelaki,
tetapi adalah mustahil untuk menemui walau seorang wanita yang lurus dalam seribu wanita.

12. Wanita adalah perangkap, hatinya adalah jerat,
dan tangannya adalah belenggu.
Lelaki yang mematuhi Tuhan akan terlepas daripadanya,
tetapi beliau akan memerangkap mereka yang berdosa.

13. Jika seorang wanita yang sedang haid menyentuh kerusi,
katil atau apa sahaja, maka apa yang disentuhnya menjadi tidak suci.
Sesiapa yang menyentuh barang tersebut juga menjadi tidak suci.
Mereka mesti mandi dan membersihkan pakaian mereka kerana telah menyentuh barang yang disentuh oleh seorang wanita yang sedang haid.

Apa yang dikata mengenai orang-orang kudus Kristian mengenai wanita:

“Wanita adalah anak kepalsuan,
pengawal neraka,
musuh kedamaian;
kerananya Adam kehilangan syurga”  
(St. John Demanscene)

“Wanita adalah alat syaitan yang digunakan untuk mendapatkan roh kita”  
(St. Cyprian)

“Wanita adalah lengan syaitan,
suaranya adalah bisikan ular”  
(St. Anthony)

“Wanita adalah racun ular,
dan memiliki kejahatan naga”  
(St. Gregory)

Semasa St. Tertulian bercakap dengan
“saudara-saudara perempuan seagama yang dikasihinya”, beliau berkata,
“Tidakkah kamu tahu bahawa setiap daripada kamu adalah Hawa?
Hukuman Tuhan ke atas jantina kamu berterusan sehingga ke hari ini:
kesalahan tersebut harus berterusan.
Kamu adalah pintu masuk syaitan.
Kamu adalah pembuka pohon terlarang.
Kamu adalah yang pertama melanggar undang-undang tuhan.
Kamulah yang memujuknya yang tidak dapat diserang oleh syaitan.
Kamu dengan mudah telah memusnahkan rupa Tuhan, iaitu lelaki,.”.

St. Augustine menulis kepada sahabatnya,
“Apa bezanya jika dia adalah seorang isteri atau seorang ibu, dia masih Hawa,
penggoda yang mesti kita berjaga-jaga terhadapnya.”.

Beberapa abad kemudian,
St. Thomas Aquinas masih menganggap wanita tidak sempurna,
“Merujuk kepada sifat individu, wanita tidak sempurna,
kerana kuasa aktif di dalam benih lelaki berkecenderungan untuk menghasilkan apa yang mirip kepada jantina lelaki yang sempurna;
manakala wanita dihasilkan daripada kecacatan dalam kuasa aktif atau daripada bahan yang kurang sihat, atau daripada pengaruh luar.”

(Semua petikan-petikan ini diperolehi daripada buku Karen Armstrong bertajuk
“The Gospel According to Woman”, London: Elm Tree Books, 1986, m.s. 52-62.
Juga lihat buku oleh Nancy van Vuuren,
“The Subversion of Women as Practiced by Churches,
Witch-Hunters and Other Sexists Philadelphis”, Westminster Press, m.s. 28-30).

APA KATA YAHUDI TENTANG WANITA


Lelaki Yahudi Ortodoks memulakan sembahyang pagi mereka dengan membaca,
“Dirahmati Tuhan, Raja semesta Alam,
kerana Dia tidak menjadikan aku wanita”.

Wanita pula bersyukur kepada Tuhan setiap pagi kerana,
“menjadikanku menurut kehendakMu”
(Thena Kendath, “Memories of an Orthodox Youth”, dalam Susannah Heschel, penyunting.
“On Being a Jewish Feminist”, New York: Schocken Books, 1983, m.s. 96-97).


Menurut Talmud Yahudi,
“wanita dikecualikan daripada mempelajari Taurat”.
Pada abad pertama Masihi, Rabai Eliezer berkata,
“Jika seorang lelaki mengajar anak perempuannya Taurat,
seolah-olah beliau mengajarnya kegasangan.”
(Leonard J. Swidler, “Women in Judaism: The Status of Women in Formative Judaism”,
Metuchen, N.J: Scarecrow Press, 1976, m.s. 83-93).

Menurut Rabai Dr. Menachem M. Brayer (Profesor dalam Kesusasteraan Biblikal di Yeshiva University) di dalam bukunya “The Jewish Woman in Rabbinic Literature”,
adalah menjadi kebiasaan wanita Yahudi keluar ke tempat awam dengan kepalanya ditudung,
malah kadangkala seluruh wajahnya juga ditutup dan hanya satu mata kelihatan
(“Psychosocial Perspective”, Hoboken, N.J: Ktav Publishing House, 1986, m.s. 239).
Beliau memetik Rabai-rabai purba yang masyhur berkata,

“Tidak layak wanita-wanita Israel keluar tanpa kepalanya ditudung”, dan,

“Terkutuklah lelaki yang membiarkan rambut isterinya dilihat…

wanita yang mendedahkan rambutnya sebagai perhiasan membawa kepapaan”.

Undang-undang Rabai melarang doa dibaca jika terdapat wanita yang telah berkahwin yang tidak menutup kepalanya kerana rambut yang terdedah dianggap “bogel”
(Ibid, m.s. 316-317. Juga lihat Swidler, op. Cit. M.s. 121-123).

Dr. Brayer juga menyebut bahawa,

“Semasa zaman Tannaitik,
wanita Yahudi yang tidak menudung kepalanya dianggap menghina kesuciannya.
Jika kepalanya tidak ditudung,
dia boleh didenda empat ratus zuzim atas kesalahan ini.”.

Dr. Brayer juga menjelaskan bahawa tudung wanita Yahudi tidak hanya dianggap sebagai lambang kesopanan. Kadang-kala ia melambangkan maruah dan martabat wanita bangsawan.
Ia juga lambang seorang wanita tidak boleh disentuh kerana beliau adalah milik suci suaminya
(24. Ibid, m.s. 139).


Jelas bahawa di dalam Perjanjian Lama,
mendedahkan kepala wanita adalah hal yang amat memalukan dan inilah sebabnya seorang paderi perlu membuka tudung seorang wanita yang disyaki berzina dalam perbicaraannya
(Bilangan 5:16-18).


St. Tertullian di dalam karyanya yang terkenal,
“On the Veiling of Virgins” menulis,

“Wanita-wanita muda, pakailah tudungmu semasa di jalanan,
kamu juga perlu memakainya di gereja,
kamu juga perlu memakainya semasa berada di kalangan orang-orang yang tidak dikenali,
dan pakailah ia semasa bersama saudara-saudara lelakimu…”.

Di antara undang-undang Kanon gereja Katolik hari ini,
terdapat peraturan yang memerlukan wanita menudung kepala mereka di gereja
(Clara M. Henning, “Cannon Law and the Battle of the Sexes”,
dalam Rosemary R. Ruether,
suntingan, “Religion and Sexism: Images of Woman in the Jewish and Christian Traditions”,
New York: Simon and Schuster, 1974, m.s. 272).

Beberapa mazhab Kristian, seperti Amish dan Mennonit,
menetapkan wanita mereka perlu bertudung sehinggalah ke hari ini.
Alasan untuk bertudung yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Gereja adalah,

“Menudung kepala adalah lambang penyerahan kepada lelaki dan Tuhan”.

Logik yang sama dikemukakan oleh St. Paul di dalam Perjanjian Baru
(Donald B, Krabyll, “The Riddle of the Amish Culture”,
Baltimore: John Hopkins University Press, 1989, m.s. 56).

Wanita Russia Ortodoks juga dikehendaki menudung kepala semasa di gereja.
Kebanyakan mereka tidak melakukannya di Amerika,
tetapi wanita-wanita di Russia dan di banyak negara-negara Eropah Timur,
seperti Greek dan timur tengah,
memakai selendang menutupi kepada mereka apabila berada di tempat awam.

Ini hanyalah sebahagian kecil contoh.
Untuk melihat petikan-petikan mengenai hal ini, sila dapatkan buku
“Women in Islam versus Women in the Judaeo-Christian Tradition:
The Myth and the Reality”, oleh Dr. Sherif Abdel Azeem, World Assembly of Muslim Youth.

Selanjutnya, menurut Perjanjian Lama,
seorang balu yang tidak mempunyai anak mesti mengahwini saudara lelaki suaminya,
walaupun beliau telah mempunyai anak tanpa mengira sama ada balu tadi bersetuju,
untuk menghasilkan zuriat daripadanya
(Kejadian 38).

Selanjutnya, menurut Bible:

“Apabila seseorang bertemu dengan seorang gadis yang masih perawan dan belum bertunangan, memaksa gadis itu tidur dengannya, dan keduanya kedapatan,
maka haruslah lelaki yang sudah tidur dengan gadis itu memberikan lima puluh syikal perak kepada ayah gadis itu, dan gadis itu haruslah menjadi isterinya sebab lelaki itu telah memperkosanya;
selama hidupnya tidak boleh lelaki itu menceraikannya.” 
(Ulangan 22:28-30)

Kita perlu bertanyakan satu soalan yang mudah di sini,
siapakah yang sebenarnya dihukum:
lelaki yang memperkosa gadis tersebut atau gadis yang diperkosa?
Siapakah yang dapat menghalang seorang lelaki daripada memperkosa gadis tercantik di bandar, memaklumkan semua orang akan hal tersebut,
dan kemudian meminta mahkamah memaksa gadis tersebut menjadi isterinya?

Menurut Bilangan 27:1-11, balu dan saudara perempuan tidak boleh mewarisi harta langsung.
Anak perempuan hanya mewarisi harta jika bapa mereka tidak mempunyai anak lelaki.


~~~APA KATA ISLAM TENTANG WANITA


Maka apa pula ketetapan Al - Quran mengenai wanita?
Memang wanita diperintahkan oleh Allah supaya menutup kepala mereka dan berpakaian sopan, tetapi di dalam Islam ini bukanlah lambang merendahkan diri atau menyerah kepada lelaki, sebaliknya ia adalah lambang kesucian, kesopanan dan ketakwaan kepada Allah.

Ini juga adalah sebagai tanda kepada semua lelaki yang berurusan dengannya supaya menghormatinya.
Bandingkan keadaan ini dengan keadaan di Barat apabila seseorang bertemu dengan rahib atau paderi, bagaimana pakaian rahib dan paderi tersebut adalah tanda kepada mereka yang menemuinya untuk tidak berkelakuan atau bercakap yang tidak sopan.

Apabila wanita menjaga dan menutup aurat dengan baik,
bermakna wanita itu mahal, bukan barang murah untuk dibuat pameran merata-rata.
Suatu yang mahal itu mesti dijaga dengan rapi dan elok.
Dan yang paling penting, ianya untuk mengelakkan dari menggoda dan merangsang nafsu seks para lelaki, agar maksiat dan jenayah rogol dan seumpamanya dapat dielakkan.


Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:
"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka."
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,
kerana itu mereka tidak di ganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
*Quran - Surah Al-Ahzab (33) : Ayat 59*

“Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka,
dan memelihara kemaluan mereka,
dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka,
dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka,
atau ayah mereka, atau ayah suami mereka,
atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka,
atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka,
atau putera-putera saudara perempuan mereka,
atau wanita-wanita Islam,
atau hamba-hamba yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita,
dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan,  dan bertaubatlah kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”
*Quran - Surah An-Nur (24) : Ayat 31*


Bagaimana pula dengan hak-hak wanita dalam Islam?
Adakah benar mereka adalah “warga kelas dua”?
Mari kita baca apa kata Al Quran:

“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang baik”  (Surah Al-Baqarah (2) : 228)

“Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman):
“Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu,
baik lelaki atau perempuan (kerana) sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian yang lain.
Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya,
yang disakiti pada jalanKu, yang berpegang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah.
Dan Allah pada sisiNya pahala yang baik.”  
(Surah Aali-’Imran (3) : 195)

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian lain.
(Kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan,
dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan,
dan mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurniaNya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”  
(Surah Al-Nisaa (4) : 32)

” Bagi lelaki ada bahagian daripada harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya,
dan bagi wanita ada hak bahagian (pula) daripada harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya,
baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.”  
(Surah Al-Nisaa (4) : 7)

“Barang siapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik lelaki mahu pun wanita, sedang dia orang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.”  (Surah Al-Nisaa (4) : 124)

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.
Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah daripada yang mungkar,
mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya.
Mereka itu akan diberikan rahmat oleh Allah;
sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”  
(Surah Al-Taubah (9) : 71)

“Barang siapa yang mengerjakan amal saleh,
baik lelaki mahu pun perempuan dalam keadaan beriman,
maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik,
dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.”  
(Surah Al-Nahl (16) : 97)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”  (Surah Al-Rum (30) : 21)

“Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat,
maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu.
Dan barang siapa mengerjakan amal yang saleh baik lelaki mahu pun perempuan,
maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab.”  
(Surah Al-Mukmin (40) : 40)



19 hadith tentang wanita

Berikut adalah petikan 19 hadith tentang wanita dari kitab Tanbihul Ghafilin.


1 -
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut,
jawab Baginda s.a.w.,
“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2 -
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3 -
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4 -
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5 -
Apabila telah lahir anak lalu disusui,
maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6 -
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7 -
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8 -
Barangsiapa membawa hadiah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9 -
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,
maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10 -
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11 -
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12 -
Aisyah berkata,
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”.
“Siapa pula berhak terhadap lelaki?”
Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13 -
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14 -
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 -
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 -
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 -
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 -
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 -
Daripada Aisyah r.a.
“Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Yang membezakan manusia hanyalah ketaqwaan

Walaupun Allah s.w.t mengatakan bahawa lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita,
tidak bermakna wanita itu kedudukannya hina di sisi lelaki.  
Akan tetapi wanita kedudukannya adalah sebagai penasihat,
yang mana bukan satu kedudukan yang sembarangan,
dan bukan seperti seorang hamba abdi.  
Dan kaum lelaki tidak boleh menzalimi kaum wanita.

"Kaum llelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,
oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain (wanita),
dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka,  
sebab itu maka Wanita yang saleh,
ialah yang ta'at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada,
oleh kerana Allah telah memelihara (mereka),  
wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pukullah mereka, kemudian jika mereka menta'atimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya,  sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."  
(Surah An-Nisaa' 4 : 34)

Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya,  
“Sesungguhnya Allah tidak akan melihat bentuk-bentuk tubuhmu dan harta kamu tetapi akan melihat isi hati kamu dan amal-amalmu”.

(Hadith Riwayat Muslim, Shahihul Muslim, tafsir Ibnu Katsir juz 7 hal 322).

Sabdanya lagi yang bermaksud, 
Tiada kelebihan seseorang terhadap yang lainnya melainkan dengan taqwa kepada Allah”.
(Hadith Riwayat Abu Bakar Albazzar, tafsir Ibnu Katsir juz 7 hal 322).

Hanya Taqwa yang membezakan antara manusia dan tiada manusia yang dapat menentukan tahap KETAQWAAN seseorang melainkan Allah sahaja yang tahu.  
Ini bermakna kita tidak boleh membeza-bezakan kelebihan yang ada pada seseorang kerana kelebihan yang dipandang oleh Allah hanyalah taqwa dan hanya Dia sahaja yang tahu.