Social Icons

Pages

Featured Posts

Tuesday 15 January 2013

HAK SEORANG MUSLIM TERHADAP MUSLIM YANG LAIN


MENURUT Imam Al-Ghazali,
hak seorang Muslim terhadap Muslim lainnya ada 22 perkara.
Ia memberikan nasihatnya sebagaimana diuraikan di bawah ini.

1. Hendaklah engkau lebih dulu memberi salam kepadanya,
setiap kali bertemu dengannya.


2. Hendaklah engkau mencintainya,
sebagaimana engkau mencintai dirimu sendiri,
ataupun engkau membencinya sebagaimana engkau membenci dirimu sendiri juga.


3. Jangan sekali-kali menyakiti sesama Muslim dengan perbuatan atau percakapan.


4. Hendaklah engkau merendahkan hati terhadap sesama Muslim dan jangan berlaku sombong terhadapnya.
Sabda Rasulullah Saw, “Sesungguhnya Allah Ta’ala mewahyukan,
agar kamu merendah diri sehingga seorang kamu tiada membesarkan diri ke atas yang lainya.”


5. Janganlah engkau mendengar berita-berita buruk yang disampaikan orang yang berlaku antara satu dengan yang lain,
ataupun menyampaikan berita-berita buruk yang didengarnya itu dari seorang kepada yang lain.
Ada sebuah hadis yang ertinya:
“Tidak akan masuk syurga orang yang suka menyampaikan berita-berita buruk kepada yang lain”.


6. Jangan sampai tidak bertegur sapa terhadap seorang Muslim yang dikenalnya lebih dari tiga hari berturut-turut,
betapa pun dia marah kepada Muslim itu.
Rasulullah Saw bersabda:
“Tidaklah halal bagi seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) saudaranya Muslim yang lain lebih dari tiga hari,
mereka keduanya berjumpa lalu yang satu memalingkan muka dari yang lain,
dan adalah sebaik-baik orang diantara keduanya ialah orang yang memulakan salam terlebih dahulu”.


7. Hendaklah engkau berbuat baik kepada semua orang sekadar kemampuanmu,
tidak perlu memandang apakah ia dari ahlinya (yang patut untuk menerima kebaikan itu) ataupun bukan ahlinya (yang tidak patut menerimanya).


8. Hendaklah engkau tidak memasuki rumah seseorang,
melainkan sesudah engkau diizinkan masuk.
Engkau boleh meminta izin sampai tiga kali saja,
jika ia masih belum memberi izin, maka hendaklah engkau pulang.


9. Hendaklah engkau mempergauli semua manusia dengan budi pekerti yang luhur dan melayani mereka menurut cara-cara yang mereka sukai.


10. Hendaklah engkau menghormati orang tua dan menyayangi anak-anak kecil.


11. Hendaklah engkau selalu bergembira dan menunjukkan muka manis kepada orang lain serta berhati lembut.


12. Janganlah engkau berjanji kepada seseorang Muslim,
melainkan engkau dapat menetapi janji itu, tidak memungkirinya.

Rasulullah Saw bersabda: “Janji itu adalah suatu pemberian”.
Sabda baginda Saw yang lain: “Janji itu adalah hutang”.


13. Hendaklah engkau berlaku adil terhadap orang lain,
jangan membuat sesuatu perkara terhadap orang lain,
jika perkara semacam itu tidak disukai bilamana diperlakukan terhadap dirinya sendiri.

Rasulullah Saw bersabda kepada Abu Darda,
katanya:
“Wahai Abu Darda!
Lakukan yang baik kepada tetangga yang bertetangga denganmu,
niscaya engkau menjadi seorang Muslim yang sebenarnya.
Dan cintailah bagi semua orang apa yang engkau cintai bagi dirimu sendiri,
dengan itu maka engkau menjadi seorang Muslim sejati”.


14. Hendaklah engkau melebihkan penghormatanmu pada seseorang,
bilamana gaya dan pakaian orang tersebut menunjukan bahawa ia seorang yang terhormat atau tinggi kedudukannya dalam masyarakat.
Sebab setiap orang harus diberikan penghormatan menurut darjat kedudukannya.


15. Hendaklah engkau berusaha untuk mendamaikan perselisihan faham antara kaum Muslimin, dimana ada peluang untuk mendamaikan antara mereka.


16. Hendaklah engkau menutup-nutupi keburukan kaum Muslimin.



17. Hendaklah engkau menjauhkan diri dari tempat-tempat yang menimbulkan berbagai kecurigaan, cemuhan, atau sangkaan buruk untuk menjaga hati orang kebanyakan dari mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang tidak baik terhadap dirimu,
dan memelihara lidah-lidah mereka dari mengumpat.
Sekiranya mereka telah bermaksiat kepada Allah oleh sebab kelakuanmu,
maka engkau termasuk berbuat dosa seperti mereka juga.


18. Hendaklah engkau tolong-menolong dengan sesama Muslim yang mempunyai hajat dan keperluan dan menjamin mereka kepada orang yang berpangkat,
agar orang itu dapat menolongnya dan memenuhi kebutuhan dan keperluannya sekadar kemampuan.

Rasulullah Saw bersabda:
“Jaminkanlah (hajat seseorang),
nescaya kamu akan menerima pahala”.


19. Hendaklah engkau memulakan salam kepada siapa yang engaku temui sebelum engkau mengajaknya bercakap-cakap.
Sesudah itu hendaklah engkau berjabat tangan pula.

Allah SWT berfirman:
“Jika kamu diberi salam dengan sesuatu salam,
maka hendaklah kamu membalas salam itu dengan salam yang lebih baik,
ataupun balaslah dengan salam yang seumpamanya”.


20. Hendaklah engkau memelihara kehormatan kawanmu,
dirinya, dan harta-bendanya dari penganiyaan orang lain sekadar kemampuanmu,
menahan segala kesusahan, mempertahankannya dan menolongnya,
sebab yang demikian itu wajib atasmu menurut dasar persaudaraan Islam.

Rasulullah Saw berabda:
“Tidak ada seorang Muslim pun yang menolong seorang Muslim yang lain dalam suatu keadaan di mana kehormatannya telah diceroboh,
dan dirinya telah diperlakukan secara sewenang-wenang,
melainkan Allah akan menolong orang itu dalam kesusahannya di tempat lain,
di mana ia merasa perlu pertolongan itu dari Allah.
Dan tidak ada seorang pun yang mengecewakan seorang Muslim yang lain dalam suatu keadaan,
di mana kehormatannya telah diceroboh,
melainkan Allah akan mengecewakan orang itu pada suatu keadaan lain,
di mana ia sangat-sangat mengharapkan pertolongan dari Allah”.


21. Hendaklah engkau mendoakan bagi orang bersin.
Nabi Saw mengajar orang yang bersin itu supaya berkata:
“Alhamdulillah ‘ala kulli hal
(Segala kepujian bagi Allah atas setiap perkara).

Orang yang mendoakan pula berkata:
Yarhamukumullah
(moga-moga Allah merahmatimu).

Dibalas pula oleh yang bersin:
Yahdikumullahu wa Yushlihu Balakum
(moga-moga Allah memberi kamu petunjuk dan memberihkan hati kamu)”.


22. Bila engkau diuji dengan perbuatan orang yang jahat,
maka hendaklah engkau menanggung dengan sabar dan menjaga dirimu dari kejahatannya.
Setengah orang berkata: Berikhlas diri kepada Mu’min dengan seikhlas-ikhlasnya,
dan tunjukkanlah akhlak yang baik semampu-mampunya kepada orang jahat,
sebab orang yang jahat itu selalu suka dengan akhlak-akhlak yang baik pada zahirnya saja.


Wallahu a’lam bish-shawab.*

Sunday 13 January 2013

KEKAL DALAM NERAKA

Dan sesungguhnya para penghuni neraka itu mengharapkan agar kematian menimpa mereka, tetapi malangnya kesudahan mereka adalah hidup kekal selamanya dalam azab siksa yang sengsara...

SATU PERJALANAN

Sedang asyik menonton rancangan tv kegemaran kamu sambil minum petang..
terdengar deringan telefon di satu sudut ruang tamu,
kamu pun meninggalkan keasyikan tadi dan menyambut panggilan tersebut..
Kedengaran di hujung talian rakan kamu telah memanggil kamu untuk melakukan satu perjalanan penting..

Selepas meletakkan telefon,
kamu pun segera menyiapkan perkara-perkara yang di perlukan dalam perjalanan itu..
Hari sudah menjelang senja,
kamu pun bergegas ke arah kenderaaan kamu..
Kerana bimbang terlewat sampai ke destinasi,
kamu memecut terlalu laju kenderaan kamu serta melanggar banyak peraturan jalan raya,
dan dalam keadaan tidak menghiraukan tentang keselamatan diri,
tiba-tiba kamu terlibat dalam satu kemalangan yang teruk,
beberapa orang yang terlibat telah terbunuh dalam kemalangan tersebut,
manakala kamu pula tersepit di dalam kenderaan kamu sendiri yang telah remuk,
dalam kegagahan menahan pedih kesakitan,
akhirnya kamu pengsan juga serta tidak sedarkan diri,
beberapa minit kemudian, bantuan pun tiba,
dan pihak bomba telah berjaya mengeluarkan kamu dari kenderaan kamu,
dan kamu pun di hantar ke hospital dengan segera,
setelah tidak sedarkan diri beberapa hari,
apabila kamu tersedar kamu dapati kedua tangan dan kaki kamu telah tiada..

kamu menagis teresak-esak,
rasa pilu dan menyesal yang teramat sangat..
Selepas menerima beberapa rawatan susulan,
doktor telah membenarkan kamu untuk pulang..
sebelum kamu sempat keluar hospital,
beberapa orang anggota dan pegawai polis telah datang menahan kamu dan mendakwa kamu atas kesalahan memandu secara bahaya yang menyebabkan kematian..
Kamu didapati bersalah dan di dakwa,
akhirnya kamu telah di jatuhi hukuman yang setimpal atas perbuatan kamu..

*
Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu dan Tuhan kita semua telah meletakkan peraturan dan undang-undang dalam hidup..
Kita kena mematuhinya..
Dan semestinyalah kita kena taat pada peraturan dan undang-undang Tuhan..
Ianya adalah untuk kebaikan kita juga,
namun apabila kita gagal mematuhi undang-undang dan peraturan Tuhan..
Rasuah, makan riba, berjudi, minum arak, berzina, mencuri, merogol, membunuh, menyamun, merompak, derhaka pada ibu dan bapa, khianat, memungkiri janji, mengumpat, sombong, riak, takabur, menipu, berbohong, berdusta, tamak, kedekut, zalim dan banyak lagi dosa-dosa lain-lain yang kita langgar..

Manakala perintah-perintah Allah seperti sembahyang, zakat, puasa, haji, sedekah, membantu serta menolong orang miskin, menjaga anak yatim,
taat pada ibu bapa, menghormati orang tua, memuliakan kaum wanita, menyayangi anak-anak, ikhlas, jujur, amanah, taat, penyayang serta banyak lagi kebaikan yang Tuhan perintahkan namun kita menolaknya serta enggan..

Kemudian, dalam keadaan jahat kita menemui Allah,
Dalam keadaan cacatnya amalan itu kita menemui Allah,
Dalam keadaan kotor kita menemui Allah..
Dalam keadaan buruknya amalan kita menemui Allah.
Kemudian kita meminta kepada Allah agar dapat dikembalikan hidup didunia ini untuk beramal setelah di perlihatkan azab neraka jahannam.
Ini adalah mustahil dan sudah tentu tidak boleh...

~
“Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan jadilah kami daripada golongan orang-orang yang beriman.”
~Quran Surah Al-An’am 6 : 27~

sama halnya dengan orang yang terbabit dalam kemalangan serta kehilangan tangan dan kaki tersebut dia tidak mungkin dapat masuk semula kedalam kandungan ibunya untuk mendapatkan tangan dan kaki,
begitulah juga apabila seseorang telah menemui Allah dalam keadaan penuh dengan dosa-dosa, nescaya dia juga tidak akan dapat di kembalikan kedunia ini lagi untuk beramal kebajikan..
Walaupun tidak ada sesuatu pun yang mustahil bagi Allah,
namun itulah sunnahtullah (Cara Allah) itu sendiri.

~
Dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim ketika mereka melihat azab berkata: "Adakah kiranya jalan untuk kembali (ke dunia)?"
Dan kamu akan melihat mereka dihadapkan ke neraka dalam keadaan tunduk kerana (merasa) hina,
mereka melihat dengan pandangan yang lesu.
Dan orang-orang yang beriman berkata:
"Sesungguhnya orang-orang yang merugi ialah orang-orang yang kehilangan diri mereka sendiri dan (kehilangan) keluarga mereka pada hari kiamat.
Ingatlah,
sesungguhnya orang - orang yang zalim itu berada dalam azab yang kekal.
~Quran Surah Asy Syuura 42 : 44~

Dunia ini seperti sebuah perjalanan,
perjalanan yang akan membawa kita kedestinasi seterusnya..
Lambat ataupun cepat, yang pasti nanti kita akan menemuiNya juga..
Kita semua akan ditanya tentang apa yang kita perbuat,
sama ada perkara yang kecil atau pun yang paling besar..
Setiap diri bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri..

~
Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri,
dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali,
dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan."
~Quran Surah Al An'aam 6 : 164~

DOA KEHANCURAN


900 Tahun lamanya nabi Nuh a.s (Noah) berdakwah siang dan malam kepada kaumnya supaya beriman kepada Allah,
hanya 83 orang dikalangan kaumnya yang beriman kepada Allah, sedangkan isteri baginda serta anaknya sendiri juga tidak mahu mengikuti seruan nabi Nuh a.s..
Setelah itu barulah Allah turunkan azabNya berupa banjir besar yang maha dasyat yang membinasakan orang orang kafir..

Kita hari ini lebih banyak berdoa supaya Allah membinasakan orang orang kafir, tapi dakwah kita abaikan..

Ia samalah seperti seorang pemuda yang datang berjumpa dengan seorang alim..
Pemuda itu memohon kepada orang alim itu untuk mendoakan dia agar dia dapat memiliki anak,
maka orang alim ini pun bersetuju untuk mendoakan pemuda itu mudah mudahan dia akan memperolehi anak dan pemuda itu pun pulang kerumah..
orang alim ini pun berdoa seperti permintaan pemuda tersebut, dan menjelang beberapa hari,
pemuda itu berjumpa semula dengan orang alim tersebut menyatakan bahawa dia masih belum memperolehi anak,
maka orang alim ini pun mengatakan in sya Allah,
saya akan berdoa bersungguh sungguh supaya kamu memperolehi anak tapi kamu pulanglah dahulu, kata orang alim itu..
Beberapa hari kemudian pemuda itu datang lagi menyatakan bahawa dia masih tidak memperolehi anak..
Akhirnya orang alim itu bertanya kepada pemuda itu,
adakah kamu sudah berkahwin?
Pemuda itupun berterus terang bahawa dia masih belum berkahwin..

Begitulah kita pada hari ini, solat hajat la,
solat di depan kaabah la supaya Allah membinasakan orang kafir,
tapi keadaan sedikit pun tidak berubah,
langit yang menaungi orang orang kafir itu masih lagi cerah,
tanah tempat mereka berpijak masih lagi mengeluarkan tanam tanaman yang baik untuk mereka..

kesimpulannya kita samalah seperti pemuda tersebut..

Bukan mudah untuk membinasakan manusia,
sesiapa pun tidak sanggup untuk membunuh anaknya sendiri..
Begitulah Allah,
manusia adalah ciptaan Allah yang Allah sangat sayangi,
lihat Al Quran,
terdapat 114 surah kesemuanya,
hanya satu surah sahaja yang tidak di mulai dengan sebutan bismillahirrahmanirrahim,
(dengan nama Allah yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG)
yang lain semuanya dimulai dengan menyebut sifatnya yang maha pemurah dan maha penyayang..

Bukanlah Allah tidak mahu mengabulkan doa doa kita,
tetapi kita kenalah mengikuti syaratnya,
iaitu dakwah dahulu seperti mana yang dilakukan oleh para nabi serta rasul rasul..
Setelah kita buat syaratnya, biarlah sesudah itu Allah yang memberi keputusan..

TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Yang menguasai di Hari Pembalasan. 
Hanya Engkaulah yang kami sembah, 

dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus, 
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; 

bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
~Quran - Surah Al Fatihah : 1-7~

~~~~~~~~~~

Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi esok hari atau berita dari langit tentang masa depan kita.
Hidup tidak menentu seperti cuaca, segala ramalan tentang masa depan semuanya tidak benar kecuali apa yang diberitahu oleh Allah SWT didalam kitabNya.

Sebab itulah Allah SWT mahu agar kita berdoa setiap hari memohon petunjuk daripadaNya.
Setiap hari didalam Solat @ sembahyang kita membaca doa ini agar kita diberi petunjuk kejalan lurus oleh Allah SWT.

Sebagai manusia kita mudah terpengaruh dengan Iblis & Syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia.
kerana menyesatkan manusia itu adalah kerja IBLIS DAN SYAITAN..

Kita juga mudah tewas dengan ujian dunia yang penuh dengan tipudaya ini.
Kerana inilah kita perlukan hidayah dan setiap Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah kepada manusia agar manusia kembali kepada Allah.