Social Icons

Pages

Sunday 13 January 2013

JIKA KAMU DIBERI 2 PILIHAN

Bayangkan jika kamu diberi dua pilihan didalam hidup ini…
yang mana satukah yang akan menjadi pilihan hidup kamu?

Pilihan yang pertama - 

Kamu dimasukkan kedalam penjara selama 1 jam setengah dan terikat dengan peraturan dan undang-undang didalam penjara. Kamu makan dan minum apa sahaja yang diberi dan masa tidur dan rehat telah ditetapkan. 
Selepas 1 jam setengah Kamu dibenarkan keluar, 
diberi pengampunan dan kemudian dianugerahkan sebuah istana beserta dengan pengawal dan dayang-dayang,
dikahwinkan dengan seorang puteri yang rupawan dan diberi makanan yang paling enak dan berbagai hidangan dan kenderaan mewah.
Segalanya dengan percuma dan tinggal disana selama hayat kamu.

Pilihan yang kedua -
Kamu dibenarkan melakukan sesuka hati Kamu selama 1 jam setengah,
Kamu diberi segala kesenangan dan kemewahan.
Kamu bebas mengahwini mana-mana wanita yang Kamu suka sebanyak mana,
makan dan minum apa sahaja dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan.
Kamu bebas menurut keinginan hawa nafsu dan syahwat Kamu,
tiada siapa yang akan menghalang Kamu.
Selepas 1 setengah jam Kamu akan ditahan dan dimasukkan kedalam penjara dan akan disiksa dengan berbagai hukuman dan siksaan yang amat pedih dan dahsyat.

Kehidupan seorang mukmin didunia ini adalah seumpama seperti berada didalam penjara dan kehidupan seorang kafir adalah seperti berada didalam syurga.

Sebagai orang islam kita tertakluk kepada agama ataupun perintah Allah SWT serta laranganNya dan tidak boleh menurut hawa nafsu semata-mata.
Setiap masa kita terikat kepada hukum Allah dan segala yang halal boleh dibuat dan segala yang haram adalah berdosa dan wajib dijauhi.

Selepas orang mukmin meninggalkan dunia yang sementara ini mereka telah dijanjikan dengan ganjaran syurga oleh Allah SWT.
Segala kenikmatan,
kesenangan dan kemewahan akan disediakan untuk mereka.
Inilah ganjaran bagi mereka yang menjadikan kehidupan didunia seumpama penjara dan tidak bertuhankan hawa nafsu.

Dari Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.”
(Hadis Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment