Social Icons

Pages

Sunday 13 January 2013

DOA KEHANCURAN


900 Tahun lamanya nabi Nuh a.s (Noah) berdakwah siang dan malam kepada kaumnya supaya beriman kepada Allah,
hanya 83 orang dikalangan kaumnya yang beriman kepada Allah, sedangkan isteri baginda serta anaknya sendiri juga tidak mahu mengikuti seruan nabi Nuh a.s..
Setelah itu barulah Allah turunkan azabNya berupa banjir besar yang maha dasyat yang membinasakan orang orang kafir..

Kita hari ini lebih banyak berdoa supaya Allah membinasakan orang orang kafir, tapi dakwah kita abaikan..

Ia samalah seperti seorang pemuda yang datang berjumpa dengan seorang alim..
Pemuda itu memohon kepada orang alim itu untuk mendoakan dia agar dia dapat memiliki anak,
maka orang alim ini pun bersetuju untuk mendoakan pemuda itu mudah mudahan dia akan memperolehi anak dan pemuda itu pun pulang kerumah..
orang alim ini pun berdoa seperti permintaan pemuda tersebut, dan menjelang beberapa hari,
pemuda itu berjumpa semula dengan orang alim tersebut menyatakan bahawa dia masih belum memperolehi anak,
maka orang alim ini pun mengatakan in sya Allah,
saya akan berdoa bersungguh sungguh supaya kamu memperolehi anak tapi kamu pulanglah dahulu, kata orang alim itu..
Beberapa hari kemudian pemuda itu datang lagi menyatakan bahawa dia masih tidak memperolehi anak..
Akhirnya orang alim itu bertanya kepada pemuda itu,
adakah kamu sudah berkahwin?
Pemuda itupun berterus terang bahawa dia masih belum berkahwin..

Begitulah kita pada hari ini, solat hajat la,
solat di depan kaabah la supaya Allah membinasakan orang kafir,
tapi keadaan sedikit pun tidak berubah,
langit yang menaungi orang orang kafir itu masih lagi cerah,
tanah tempat mereka berpijak masih lagi mengeluarkan tanam tanaman yang baik untuk mereka..

kesimpulannya kita samalah seperti pemuda tersebut..

Bukan mudah untuk membinasakan manusia,
sesiapa pun tidak sanggup untuk membunuh anaknya sendiri..
Begitulah Allah,
manusia adalah ciptaan Allah yang Allah sangat sayangi,
lihat Al Quran,
terdapat 114 surah kesemuanya,
hanya satu surah sahaja yang tidak di mulai dengan sebutan bismillahirrahmanirrahim,
(dengan nama Allah yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG)
yang lain semuanya dimulai dengan menyebut sifatnya yang maha pemurah dan maha penyayang..

Bukanlah Allah tidak mahu mengabulkan doa doa kita,
tetapi kita kenalah mengikuti syaratnya,
iaitu dakwah dahulu seperti mana yang dilakukan oleh para nabi serta rasul rasul..
Setelah kita buat syaratnya, biarlah sesudah itu Allah yang memberi keputusan..

No comments:

Post a Comment